Header Ads

VIRAL
recent

Xiaomi Memperkenalkan Xiaomi Mi 8 SE


Selain Xiaomi Mi 8 dan Mi 8 Explore Edition, Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi model iaitu Xiaomi Mi 8 SE. Dari segi reka bentuk, Mi 8 SE ini tidak banyak berbeza dengan model Mi 8 yang mana ianya dilengkapi skrin 5.88 inci sedikit kecil berbanding Mi 8.


Rekaan yang hampir sama dengan Mi 8, Mi 8 SE ini turut muncul dengan skrin 5.88 inci Full HD+ AMOLED beserta notch. Dari segi spesifikasi, Mi 8 SE ini dikuasakan dengan cip prosesor Snapdragon 710 yang menjanjikan penggunaan serta multi tasking lebih lancar berbanding cip Snapdragon 645 dan 660.

Mi 8 SE ini turut dilengkapi 4/6GB, 64GB internal storage, sistem dual-camera 12MP+5MP dan 20MP pada kamera hadapan, . Xiaomi Mi 8 SE ini mempunyai kapasiti bateri 3120mah dan semestinya sedikit kecil berbanding Mi 8 dan mempunyai fingerprint sensor pada bahagian belakang.

Xiaomi Mi 8 ini boleh dikategorikan sebagai mid range smartphone yang mampu menawarkan ciri ciri menarik seperti skrin yang besar, cip prosesor terkini dan sistem dual camera seperti yang terdapat pada kebanyakan peranti baru tahun ini. Untuk model 4GB RAM ianya akan dijual pada harga 1799 yuan (RM1,115) dan bagi model 6GB RAM berharga 1999 yuan (RM1240). Kami berharap Xiaomi dapat membawa masuk dan menjual peranti ini untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.


Rujukan: Xiaomi Global
Powered by Blogger.