Header Ads

VIRAL
recent

Xiaomi Memperkenalkan Xiaomi Mi 8 Dan Mi 8 Explorer Edition


Xiaomi telah melancarkan flagship terbaru mereka iaitu Mi 8 dan seperti kebanyakan flagship yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini, Xiaomi turut tidak terkecuali muncul dengan rekaan skrin beserta notch. 

Mi 8 dilengkapi dengan skrin OLED daripada Samsung dengan saiz 6.21 inci, Full HD+ 2248 x 1080 manakala Xiaomi menggunakan material diperbuat daripada kaca pada bahagian belakang peranti ini. Mi 8 kini menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 845 dan turut disertakan bateri sebesar 3,400mAh.



Selain itu, Mi 8 turut dilengkapi sistem dual camera pada kamera utama 12MP + 12MP dan kedua-dua lens mempunyai sistem optical image stabilisation (OIS). Menurut Xiaomi, DxOMark telah mencatatkan skor tertinggi iaitu 99 bagi kamera Mi 8, membuatkan ia setanding dengan kamera pada Samsung Galaxy S9+. Bukan sahaja dua kamera belakang, tetapi Mi 8 juga dilengkapi cip GPS dua frekuensi bagi memberikan lokasi yang lebih tepat. Menurut Xiaomi, ini merupakan telefon pintar yang pertama di pasaran yang dilengkapi sistem GPS sebegini.





Xiaomi menggunakan sensor 20MP pada kamera hadapan yang mana ianya turut menyertakan sensor infra red bagi membolehkan pengguna membuka peranti ini dengan sistem face unlock. Dengan adanya sensor infra red ini, pengguna boleh menggunakan face unlock walaupun  berada dalam persekitaran yang gelap.




Turut dilancarkan ialah model Mi 8 Explorer Edition. Dari segi spesifikasi ini menyerupai Mi 8 namun terdapat beberapa ciri tambahan pada Explorer Edition. Model ini dilengkapi sistem in-screen fingerprint sensor dan juga mempunyai sistem 3D face unlock yang lebih canggih hampir menyerupai iPhone X. Mi 8 Explorer Edition ini dilengkapi dengan bateri bersaiz 3,000mAh dan kapasiti ini sedikit kecil berbanding model Mi 8. Apa yang menarik dan mencuri perhatian adalah rekaan pada bahagian belakang yang transparent menjadikan ianya sangat menyerlah.

Untuk model 64GB Xiaomi Mi 8 akan dijual pada harga 2,699 yuan (RM1,675), manakala model 128GB berharga 2,999 yuan (RM1,865) dan bagi model 256GB pula berharga 3,299 yuan (RM2,050). 

Untuk model Mi 8 Explore Edition pula ianya akan dijual berharga 3669 yuan (RM2,295) bagi model 8GB dan 128GB internal storage. Buat masa ini masih belum ada tarikh rasmi bilakah Xiaomi akan mulakan jualan peranti ini di Malaysia.

Powered by Blogger.