Header Ads

VIRAL
recent

Tiada Pengumuman Produk Baru Untuk Acara WWDC18

Worldwide Developers Conference (WWDC) hampir tiba. Sudah semestinya peminat-peminat produk Apple tidak sabar untuk menunggu apakah kejutan yang bakal diumumkan nanti. Sekiranya anda menantikan pengumuman produk baru, anda mungkin akan sedikit kecewa. Menurut Mark Gurman, penulis berita teknologi Bloomberg, Apple berkemungkinan besar tidak akan membuat sebarang pengumuman berkaitan produk baru untuk acara kali ini dan hanya akan memberi tumpuan kepada software iaitu iOS 12, macOS 10.14 dan watchOS 5.
Apple akan melancarkan  MacBook Pro dan MacBook 12-inch menggunakan cip Intel, serta sedang merancang laptop kos rendah bagi menggantikan MacBook Air. Seperti tahun sebelum ini Apple mengadakan satu acara khas bagi memperkenalkan produk baru dan kebiasaanya acara khas ini diadakan pada akhir bulan Oktober setiap tahun. Apple juga dikatakan akan memperkenalkan  iPad Pro dengan teknologi Face ID juga pada bulan Oktober tahun ini.
Jadi, apa yang Apple bakal umumkan kali ini di WWDC18? Salah satu kemungkinan ialah software baru bagi augmented reality. Bloomberg percaya bahawa Apple akan umumkan "ARKit 2.0" yang membolehkan pengguna bermain permainan AR antara satu sama lain di dalam virtual enviroment yang sama.
Menurut Gurman lagi:
"Selain permainan, salah satu mode baru ialah kebolehan meletakkan virtual object di sesuatu lokasi dan objek tersebut akan kekal di ruang maya tersebut. Ciri-ciri baru ini merupakan pengenalan kepada apa yang akan ada pada Apple AR headset yang dijangka dilancarkan seawal tahun 2020."
Apple juga berkemungkinan akan mengumumkan Digital Health, software yang boleh membantu pengguna untuk memantau jangka masa pengguna menggunakan peranti mereka dan juga masa pengunaan aplikasi di dalam peranti tersebut. Menurut Tony Fadell, bekas eksekutif Apple yang membantu Apple menghasilkan iPhone dan iPod asal:
"We need to have tools and data to allow us to understand how we consume digital media. We need to get finer-grain language and start to understand that an iPhone is just a refrigerator, it’s not the addiction."
Keynote WWDC akan bermula pada hari Isnin, 4 Jun 2018 bermula jam 10 pagi dan peminat Apple di Malaysia boleh menonton live streaming pada jam 2 pagi pada hari Selasa. Kongsikan dengan kami apa yang anda ingin lihat pada WWDC18? Komen anda mengenai tentang kemungkinan tidak ada  sebarang hardware baru yang akan diumumkan ketika WWDC kali ini?

Rujukan: idb
Powered by Blogger.