Header Ads

VIRAL
recent

OPPO Muncul Dengan Teaser Terbaru Flagship 'Find X'


Teaser mengenai flagship OPPO nampaknya sekali lagi muncul selepas beberapa tahun tiada berita  lanjut mengenai perkara ini. OPPO kali ini telah mengesahkan perkara ini melalui teaser yang dikeluarkan oleh Twitter rasmi OPPO India dan satu website rasmi telah dilancarkan iaitu  www.oppofind.com yang mengandungi video teaser dan juga model flagship terbaru mereka.

OPPO Find 7 dilancarkan pada tahun 2014 dan selepas pelancaran peranti itu OPPO lebih mengfokuskan kepada pelancaran model A Series serta OPPO R Series dan peminat OPPO sememangnya menantikan kemaskini terbaru untuk model Find 7.

GizmoChina melaporkan Find X akan dilengkapi dengan teknologi 3D Facial Recognition seperti yang digunakan pada Mi 8 Explorer Edition dan iPhone X. Selain itu Find X dikatakan akan dilengkapi dengan triple camera yang mampu menawarkan 5x Lossless Zoom seperti yang ditunjukan ketika acara MWC2018 awal tahun ini. Find X ini mungkin akan menjadi smartphone pertama yang menggunakan teknologi super-fast flash charge yang mampu mengecas 0%-100& dalam masa 15 minit.

Follow kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dan anda boleh juga berkongsi perkembangan melalui PM di Facebook dan Twitter.
Powered by Blogger.