Header Ads

VIRAL
recent

Hantar & Terima Duit Raya Melalui Maybank My Raya QR


Awal tahun ini Maybank telah pun memperkenalkan sistem bayaran QRPay melalui aplikasi Maybank pada peranti iOS dan Android sekaligus mula mempromosikan pembayaran secara cashless seperti yang dipraktikan oleh negara yang telah menggunakan sistem cashless melalui Samsung Pay dan juga Apple Pay di kebanyakan negara seperti Singapura dan Taiwan.

Jika sebelum ini pembayaran melalui aplikasi Maybank QRPay ini hanya boleh digunakan untuk membuat bayaran kepada peniaga yang berdaftar, sempena Hari Raya tahun ini Maybank memperkenalkan My Raya QR melalui aplikasi Maybank pada platform iOS dan Android yang membolehkan pengguna untuk menghantar serta menerima duit raya dengan hanya mengimbas QR Code pada smartphone anda.


Bagi mereka yang ingin mencuba untuk menghantar duit raya menggunakan aplikasi Maybank, anda perlu memuat turun aplikasi Maybank pada smartphone anda dan mereka hanya perlu mengimbas QR Code pada smartphone ahli keluarga dan memilih amount yang ingin dihantar.

Sumber: Maybank2u
Powered by Blogger.