Header Ads

VIRAL
recent

Apple Mengumumkan watchOS 5 Dengan Fungsi 'Walkie-Takie'


Pada acara WWDC18 Apple turut mengumumkan kemaskini untuk sistem operasi Apple Watch dengan memperkenalkan watchOS 5. Apple turut memperlihatkan beberapa fungsi baru pada watchOS 5 antaranya fungsi Screen Time yang juga disertakan pada iOS 12 dan beberapa penambahbaikan dari segi health & fitness.  

Melalui watchOS 5, pengguna Apple Watch selepas ini boleh memilih untuk memulakan challenge pada aplikasi Apple Workout dan pengguna boleh menetapkan durasi aktiviti tersebut akan berakhir. watchOS 5 juga memberikan pengguna beberapa aktiviti baru menerusi aplikasi Apple Workouts iaitu Yoga dan Hiking.


Apple turut memperkenalkan satu fungsi baru pada watchOS 5 iaitu Walkie-talkie. Pengguna selepas ini boleh merekod dan menghantar message sama seperti penggunaan Walkie-talkie dengan hanya hold pada screen Apple Watch dan anda boleh mula merekod dan menghantar message dengan lebih mudah melalui watchOS 5

Watchface Siri pada watchOS 5 kini menyokong lebih banyak 'complication' antaranya maklumat sukan, maps serta heartrate yang boleh terus dilihat melalui watchface Siri selepas ini. Apple turut memudahkan pengguna untuk mengaktifkan Siri melalui watchOS 5 tanpa perlu menyebut Hey Siri selepas ini.

watchOS 5 akan dilepaskan kepada pengguna bersama dengan iOS 12 pada bulan September. watchOS 5 akan boleh dimuat turun oleh pngguna Apple Watch Series 1, Series 2 dan Series 3.

Rujukan: Apple
Powered by Blogger.