Header Ads

VIRAL
recent

Apple Mengumumkan iOS 12 Untuk iPhone Dan iPad Secara Rasmi


Apple telah memperkenalkan sistem operasi iOS 12 ketika acara WWDC yang berlangsung di Jose McEnery Convention Center, California awal pagi tadi. Apple kali ini mengfokuskan kepada performance serta menjanjikan iOS 12 lebih pantas dan responsive pada peranti iPhone dan iPad.


Apple menyatakan iOS 11 kini telah mencapai 81% muat turun oleh pengguna iOS sehingga hari ini jika dibandingkan dengan sistem operasi Android yang hanya 6% sahaja yang telah mendapat kemaskini ke sistem operasi terkini Android 8.0. Craig Federigi memberitahu Apple menjanjikan iOS 12 akan menjadi 2x lebih pantas dari segi prestasi berbanding iOS 11.

Performance Peranti iOS

Pada iOS 12 pengguna akan dapat mengakses aplikasi pada iPhone dan iPad mereka 40% lebih pantas berbanding peranti yang menggunakan iOS 11. Keyboard juga akan dapat dipaparkan 50% lebih pantas serta aplikasi kamera juga akan dapat dilancarkan 70% lebih laju pada iPhone 6 Plus. iOS 12 juga akan menjadikan bateri pada peranti iOS bertahan dengan lebih lama.

Kemaskini sistem Augmented Reality & ARKit 2


Apple berkerjasama dengan Pixar dan muncul dengan format file USDZ yang direka khas untuk aplikasi AR membolehkan aplikasi AR direka dengan lebih mudah untuk platform iOS. Menurut Apple, beberapa syarikat seperti Adobe, Autodesk serta Sketchfab telah mula menyokong format USDZ dalam menghasilkan aplikasi pada masa akan datang.

Apple juga memperkenalkan aplikasi Measure yang telah menggunakan format USDZ. Melalui aplikasi ini pengguna boleh mengukur objek dengan tepat terus melalui kamera iPhone/iPad. ARKit 2 turut dilancarkan yang mana Apple membuat kemaskini pada AR Framework dan memberikan pembangun aplikasi menghasilkan sistem AR yang boleh digunakan bersama pengguna lain; membolehkan dua pengguna iOS yang berbeza melihat dan berinteraksi antara satu sama lain apabila mereka menggunakan aplikasi AR yang sama.

Fungsi Screen Time pada  iOS 12


iOS 12 juga turut memperlihatkan fungsi Screen Time yang membolehkan pengguna memantu masa penggunaan iPhone/iPad dan juga aplikasi manakah yang paling lama digunakan oleh pengguna seharian. Melalui fungsi ini, pengguna boleh menetapkan 'App Limit' penggunaan aplikasi  dan jika anda menggunakan aplikasi terlalu lama sehingga had masa yang ditetapkan, pengguna akan menerima notifikasi 'Time’s up' pada peranti iOS anda. 

Melalui Parental Control, ibu bapa akan dapat melihat satu rumusan yang sama pada peranti anak mereka sekali gus dapat mengawal cara anak-anak menggunakan peranti mereka selepas ini.

Group Notification


iOS 12 akan memaparkan notifikasi dengan lebih baik dan teratur. Jika sebelum ini setiap satu notifikasi dipaparkan satu persatu pada lock screen iPhone, pada iOS 12 pengguna akan dipaparkan meningkut kategori aplikasi seperti message/missed call/ dan sebagainya.

New Animoji & Memoji


Tahun lepas Apple memperkenalkan fungsi Animoji pada iPhone X dengan beberapa karater Animoji menerusi iMessage. Menerusi iOS 12, Apple kini menambah beberapa lagi karater baru antaranya emoji 👻🐨🐯 dan 🦖. Apple hari ini turut memperkenalkan Memoji, membolehkan pengguna buat pilihan rupa karater anda dengan pilihan seperti warna kulit, gaya rambut, cermin mata serta bentuk muka yang diinginkan.

Photos dengan fungsi Suggestion

Aplikasi Photos pada iOS 12 selepas ini akan memaparkan suggestion secara automatik. Sebagi contoh, jika anda ingin berkongsi gambar selepas ini, suggestion pada aplikasi Photos akan memberi cadangan dengan siapa anda patut berkongsi gambar berdasarkan siapa yang terdapat dalam gambar tersebut.

Group Facetime

Pengguna iOS 12 selepas ini boleh membuat video call melalui aplikasi Facetime dengan 32 orang dalam satu masa dan Animoji sera Memoji boleh digunakan ketika menggunakan Facetime. Group Facetime ini juga akan menyokong video call yang dibuat melalui macOS.

Siri Shortcuts


Apple memperkenalkan ciri baru pada Siri iaitu Shortcuts. Melaluinya, pengguna boleh memberi arahan kepada Siri dengan lebih mudah dan pantas. Sebagai contoh, aplikasi Tile membolehkan anda memberi arahan jika anda kehilangan kunci, dan Siri akan terus mengaktifkan device Tile dengan lebih pantas.

Siri muncul dengan sokongan Suggestion pada iOS 12. Antaranya memberikan notifikasi untuk on fungsi Do Not Disturb ketika anda ingin menonton wayang dan membuat panggilan kepada keluarga semasa hari jadi mereka.

Waze & Google Maps Kini Menyokong CarPlay

Apple akhirnya mengumumkan yang mana pengguna akan boleh mula menggunakan aplikasi third party melalui CarPlay pada iOS 12. Pengguna selepas ini boleh menggunakan aplikasi seperti Waze dan Google Maps secara terus melalui CarPlay. 


iOS 12 akan dilepaskan kepada pengguna  bersama-sama dengan iPhone baru yang akan dilancarkan bulan September tahun ini. Kemaskini iOS 12 percuma dan menyokong peranti iOS berikut.

iPhone: Phone X, iPhone 8 iPhone 8 Plus iPhone 7 iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone SE, iPhone 5s.

iPad: 
12.9-inch iPad Pro 2nd generation
12.9-inch iPad Pro 1st generation
10.5-inch iPad Pro
9.7-inch iPad Pro
iPad 6th generation
iPad 5th generation
iPad Air 2
iPad Air
iPad mini 4
iPad mini 3
iPad mini 2

iPod: iPod Touch 6 Generation

Rujukan: Apple
Powered by Blogger.