Header Ads

VIRAL
recent

Apple Bakal Umumkan Apple Music Versi Web Kepada Pengguna


Apple Music - Toolbox adalah salah satu perkhidmatan Apple Music Widget yang ditawarkan oleh Apple Music bagi memudahkan artis untuk berkongsi preview lagu 30 saat terus ke blog untuk tujuan promosi. Baru-baru ini salah seorang pengguna Reddit melaporkan yang mana Apple telah mengemaskini user interface widget tersebut dengan membolehkan pengguna untuk log in terus ke akaun Apple Music dan mendengar lagu yang dikongsikan secara penuh melalui web.

Perubahan kepada user interface ini mungkin memberi gambaran Apple akan mengumumkan Apple Music Web kepada pengguna tidak lama lagi. Pengguna Windows selepas ini boleh terus menggunakan perkhidmatan Apple Music melalui web tanpa perlu memuat turun software sepeti sebelum ini.


Bagi pengguna Mac, jika anda klik button Sign-in pada bahagian atas widget tersebut, anda boleh terus log in menggunakan Apple ID dan membolehkan anda mendengar lagu penuh yang dikongsikan melalui widget tersebut.

Jika Apple sudah mempunyai perancangan untuk memperkenalkan Apple Music versi web, pelanggan Apple Music yang tidak menggunakan Mac akan lebih mudah untuk mengakses Apple Music selepas ini. Adakah Apple akan memperkenalkan Apple Music Web ketika acara WWDC18? Sama-sama kita nantikan acara WWDC18 yang akan bermula kurang beberapa jam dari sekarang.

Rujukan: 9to5Mac
Powered by Blogger.