Header Ads

VIRAL
recent

TM Akan Mengumumkan Perkara Baru 8 Jun Ini

TM melalui Facebook Rasmi mereka telah mengeluarkan satu teaser yang mana mereka memberitahu bahawa mereka akan berkongsi sesuatu dengan pengguna pada 8 Jun nanti. Jika dilihat melalui teaser yang dikeluarkan, mereka nampaknya akan membuat pengumuman rasmi ini secara live melalui aplikasi FB Live.

Apa yang menarik perhatian kami ialah TM secara spesifik memberitahu melalui teaser tersebut yang mana perkara yang akan mereka umumkan nanti merupakan pengumuman yang "Pertama Di Malaysia". Baru baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyatakan ingin mewujudkan internet "double the speed, half the price" untuk rakyat Malaysia pada hari pertama memulakan tugas di kementerian tersebut.

Adakah TM akan mengkaji semula pelan Unifi dan menawakan potongan harga untuk pelanggan sedia ada serta muncul dengan pelan yang lebih murah berbanding sebelum ini seperti yang disarakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia? Sama sama kita nantikan pengumuman rasmi mereka 8 Jun ini.

Rujukan: Facebook TM
Powered by Blogger.