Header Ads

VIRAL
recent

Deals: Honoraya Sale; Miliki Smartphone Honor Serendah RM 10


Honoraya Mega Sale menawarkan pelbagai model telefon Honor pada harga diskaun yang menarik. Tawaran ini bermula pada 24 Mei 2018 sehingga 31 May 2018, 11.59 malam. Mega Sale daripada Honor ini menawarkan tiga promosi di mana promosi pertama ialah Honor menawarkan aksesori percuma apabila anda membeli flagship terbaru Honor iaitu Honor 10.


Dengan setiap pembelian Honor 10 melalui Honor online store, pengguna akan menerima earphone AM16 dan Flip Cover secara percuma. Promosi kedua ialah pengguna boleh membeli peranti Honor dengan harga diskaun seperti berikut: Honor 9 Lite pada harga RM659 (RRP: RM749); Honor 7X pada harga RM849 (RRP: RM899) dan Honor View 10 pada harga RM1,799 (RRP: RM1,899).




Promosi ketiga iaitu Rush buy merupakan promosi yang paling menarik kerana smartphone yang ditawarkan boleh dilbeli dengan harga serendah RM 10. Untuk promosi ini, ianya akan bermula pada 30 Mei hingga 1 Jun 2018. Senarai telefon bimbit yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Honor 4C satu (1) unit setiap hari dengan pilihan warna Black dan Gold.
2. Honor 5C lima (5) unit setiap hari dengan pilihan warna Silver, Gold dan Grey.
3. Honor 5X tiga (3) unit setiap hari dengan pilihan warna Gold dan Silver.
4. Honor 7 satu (1) unit setiap hari.

Promosi ini akan bermula jam 3:00pm setiap hari.
Perhatian bagi mereka yang ingin mendapatkan peranti dengan harga RM 10,  anda boleh menyemak kembali laman web mereka bermula 30 Jun ini dan diingatkan stok mereka adalah terhad untuk promosi ini. 

Sumber: vMall Malaysia
Powered by Blogger.