Header Ads

VIRAL
recent

Rekaan Panel Hadapan Google Pixel 3 XL Tersebar Di Internet


Tahun 2018 boleh dikatakan sebagai tahun dimana pengeluar smartphone mula muncul dengan rekaan skrin yang lebih besar dan menyertakan notch. Mungkin sesetengah pengguna tidak menyukai rekaan ini, tetapi sistem operasi Android P (9.0) yang akan dilancarkan nanti akan turut menyokong notch pada peranti android selepas ini.

Slashleak baru baru ini berkongsi sekeping gambar yang dilaporkan adalah panel skrin bagi flagship terbaru daripada Google iaitu Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Jika dilihat daripada gambar yang dikongsikan ini, rekaan notch hanya dapat dilihat hanya pada model Pixel 3 XL sahaja.

Selain itu, Google Pixel 3  akan dilengkapi dengan stereo speaker seperti model Pixel 2 dan jika dilihat pada gambar ini Google akan menyertakan speaker grill yang lebih besar daripada sebelum ini. Google Pixel 3 akan dilancarkan sekitar bulan Oktober ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Google nanti.

Rujukan: SlashLeak
Powered by Blogger.