Header Ads

VIRAL
recent

Puluhan PS4 Lesap, GamesBond eSports Center Dirompak

GamesBond merupakan salah satu eSport Center yang aktif dalam menganjurkan tournament    PS4 diseluruh negara. Mereka hari ini melaporkan salah satu cawangan mereka telah dipecah masuk semalam dan mereka memberitahu hampir 40 unit konsole PS4 telah dicuri dalam kejadian awal pagi semalam. 

GamesBond melalui akaun Facebook & Instagram mereka telah mengeluarkan senarai serial number untuk setiap set PS4 yang dicuri daripada kedai mereka. Mereka berharap jika orang diluar sana ada melihat atau terjumpa iklan jualan PS4 dengan harga yang lebih murah daripada apa yang mereka tawarkan, mereka perlu menyemak serial number untuk konsole tersebut terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.


GamesBond turut meminta pengguna media sosial untuk turut berkongsi senarai serial number bagi PS4 yang dicuri. Jika anda ada sebarang maklumat mengenai ini, anda boleh menghubungi GamesBond melalui Facebook dan Instagram rasmi mereka.

Rujukan: Facebook GamesBond
Powered by Blogger.