Header Ads

VIRAL
recent

PUBG Memfailkan Saman Terhadap Epic Games Di Korea Selatan

PUBG Corp baru baru ini dilaporkan telah memfailkan saman terhadap developer untuk permainan Fortnite iaitu Epic Games di Korea Selatan. Penfailan saman ini antaranya ialah meminta makhamah untuk menentukan adakah Epic Games meniru cara pemainan yang ditampilkan dalam PlayerUnknown's Battlegrounds sebelum ini.

Ketika Fortnite untuk iOS mula dilancarkan, pada mulanya mereka menawarkan hanya satu mode permainan iaitu "Save the World" mode. Hanya pada September tahun lalu mereka mula memperkenalkan mode permainan Battle Royale secara percuma dan ini sedikit mencetuskan kontroversi apabila ramai yang mengatakan mereka meniru cara permainan serta user interface pada PUBG.

PUBG Corp menyatakan mereka kecewa dan kesal kerana Epic Games merupakan salah satu rakan kongsi mereka apabila mereka turut menghasilkan aplikasi permainan yang seakan PlayerUnknown's Battlegrounds. 

Rujukan: Korea Times
Powered by Blogger.