Header Ads

VIRAL
recent

Kementerian Akan Bincang Mengenai Penurunan Harga Internet Dengan Syarikat Telco

Kementerian Komunikasi & Multimedia sebelum ini membuat kenyataan yang mana mereka ingin mewujudkan internet 'Double the speed, half the price' di Malaysia kerana pelbagai laporan dibuat mengenai kelajuan internet di Malaysia sebelum ini.

Menteri Komunikasi & Multimedia Gobind Singh Deo memberitahu kementerian akan  membuat perjumpaan dengan syarikat telco dua minggu lagi bagi membincangkan mengenai isu ini dengan lebih lanjut. Gobind juga menyatakan beberapa perkara perlu dibincangkan bersama antaranya cara pengurangan kos untuk memastikan internet di Malaysia dapat ditawarkan pada harga yang berpatutan.

"Kami melihat dua aspek, yang pertama untuk menggandakan kelajuan internet, jadi kita melihat sama ada kita boleh melakukannya secepat mungkin" 
"Satu lagi adalah mengurangkan kosnya, ia mungkin mempunyai kesan, tetapi kami mempunyai rancangan tertentu dan kami akan berunding bagaimana harga dapat dikurangkan" - Astro Awani
Gobind Sing Deo memberitahu mereka akan membuat perbincangan terperinci mengenai perkara ini dan yakin perkara ini dapat dicapai. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi oleh kementerian dua minggu dari sekarang.

Rujukan: Astro Awani
Powered by Blogger.