Header Ads

VIRAL
recent

Jack Ma Akan Berjumpa Dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Untuk Berbincang Mengenai Projek DFTZ

CEO ALIBABA Group Jack Ma dilaporkan akan membuat pertemuan dengan Perdana Menteri; Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai projek Digital Free Trade Zone (DFTZ) menurut Nanyang Siang Pau. Pertemuan ini dikatakan atas permintaan beberapa pihak yang terlibat dalam projek DFTZ.

DFTZ ini merupakan e-hub yang diwujudkan bersama antara ALIBABA Group dan Malaysia Digital Economy Corporation yang mana ianya dilancarkan oleh kerajaan sebelum ini dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak. Buat masa ini belum ada tarikh rasmi bilakah perjumpaan ini akan diadakan.

Seperti yang diketahui, kerajaan baru akan mengkaji semula projek mega kerajaan terdahulu sama ada ianya patut diteruskan atau tidak dan sudah ada beberapa projek yang dikekalkan dan akan dibuat penambahbaikan untuk kepentingan rakyat.

Rujukan: The Star
Powered by Blogger.