Header Ads

VIRAL
recent

Kesemua Model iPhone 2019 Akan Menggunakan 'OLED Display' September Ini

Apple buat pertama kali menggunakan OLED Display ketika mereka melancarkan iPhone X menyaksikan buat pertama kali harga smartphone mereka dijual pada harga $999 untuk model 64GB. ET News melaporkan Apple akan menggunakan OLED Display untuk ketiga-tiga model iPhone yang akan dilancarkan September ini.

Sebelum ini Apple dikatakan akan melancarkan dua model iPhome dengan teknologi OLED iaitu iPhone X 2019 dan iPhone X Plus dengan skrin 6.3 inci manakala satu model dengan skrin LCD dengan saiz skrin 6.1 inci. Menurut ET News, sumber dalam daripada Apple memberitahu mereka merancang untuk menggunakan OLED Display bagi ketiga tiga model yang akan dilancarkan tahun ini dan jika mereka merancang untuk 4 model iPhone sekali gus pada tahun ini, mereka akan menggunakan LCD dan menjadikan ianya model 'mampu milik'.

Another official said, "Apple has decided to put all the OLED on the new iPhone model in 2019." If the new model is more than three kinds, the LCD model may be maintained. However. - ET News
Perkara ini turut menyebabkan saham bagi syarikat pembekal panel LCD Apple iaitu Japan Display jatuh 10% manakala Bloomberg pula melaporkan saham syarikat Sharp turut jatuh 4%. Apple baru baru ini telah melabur  3 trillion won ($2.67 billion) pada syarikat LG dan berkemungkinan LG akan menjadi pembekal OLED Display utama bagi ketiga-tiga iPhone tahun ini.

Rujukan: ET News, MacRumors
Powered by Blogger.