Header Ads

VIRAL
recent

iOS 11.4 Sedia Dimuat Turun Bermula Hari Ini

Apple awal pagi tadi telah melepaskan kemaskini iOS 11.4 kepada pengguna yang membawakan beberapa fungsi yang telah lama dinantikan oleh orang ramai. Antara yang sangat dinanti-nantikan ialah fungsi Message in iCloud dan AirPlay 2.

Kemaskini ini boleh dimuat turun secara Over The Air (OTA) melalui Setting peranti iOS anda. Message in iCloud antara yang kami tunggu dimana selepas ini message pada kesemua peranti iOS akan dapat disync terus melalui iCloud yang mana jika pengguna memadam apa-apa message pada iPhone,  ia akan turut dipadam pada peranti iOS atau Mac yang menggunakan Apple ID yang sama.

AirPlay 2 membolehkan pengguna untuk paring dua HomePod dalam satu masa membolehkan HomePod berfungsi sebagai stereo speaker dan menjanjikan bunyi yang lebih menyeluruh. Untuk memuat turun iOS 11.4, pengguna hanya perlu pergi ke bahagian Setting > General > Software Update pada peranti iOS anda.

Rujukan: Apple
Powered by Blogger.