Header Ads

VIRAL
recent

OnePlus 6 Akan Mula Dijual Bermula RM 2,399; 'Pre-Order' Boleh Dibuat Bermula Hari ini


Bagi pengguna yang inginkan sistem operasi Pure Android tetapi tidak sanggup untuk menunggu pelancaran Google Pixel 3, ini ada berita baik buat anda yang mana anda sudah boleh membuat pre-order untuk peranti OnePlus 6 hari ini.

Pre-order untuk peranti ini boleh dibuat melalui beberapa official retailer antaranya, Direct D, Satu Gadget dan Lazada. Berikut merupakan harga rasmi untuk 3 model yang akan dijual di Malaysia:

RM 2399: 6GB RAM, 64GB internal storage, Mirror Black

RM 2799: 8GB RAM, 128GB internal storage, Mirror Black

RM 3099: 8GB RAM, 256GB internal storage, Midnight Black


Menurut Satu Gadget, bagi mereka yang membuat tempahan, mereka akan mula menerima peranti ini pada 6 Jun ini. Kesemua model ini akan mempunyai waranti selama satu tahun oleh IXSUN Sdn Bhd yang mana mereka merupakan salah satu after sales service provider bagi jenama OnePlus di Malaysia.

Rujukan: Satu Gadgets, Lazada.
Powered by Blogger.