Header Ads

VIRAL
recent

Fungsi Baru Penggunaan NFC Akan Diperkenalkan Pada iOS 12 Jun Ini

`

Apple telah menyertakan cip NFC pada iPhone 6 dan 6S sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2014. Sedikit mengecewakan di mana cip NFC yang disertakan ini hanya untuk kegunaan Apple Pay sahaja buat masa ini.

The Information mengeluarkan kenyataan yang mana penggunaan NFC mungkin akan diperluaskan selepas Apple memperkenalkan iOS 12. Antara fungsi baru yang akan disertakan ialah membolehkan pengguna membuka dan mengunci pintu dengan penggunaan cip NFC serta membolehkan iPhone menggantikan Transit Card dengan memperkenalkan Virtual Transit Card dan dilhat dapat memudahkan penggunaan pengangkutan awam.

Fungsi ini dilaporkan telah pun digunakan oleh staff Apple di Apple Park Cupertino yang mana mereka tidak lagi menggunakan kunci biasa dan menggantikannya dengan iPhone untuk memasuki Apple Park. Apple dijangka akan mengumumkan perkara ini ketika acara WWDC dua minggu dari sekarang.

Rujukan: iDB, MacRumors
Powered by Blogger.