Header Ads

VIRAL
recent

Asus Melancarkan Asus Zenfone 5 & Zenfone Max Pro Di Malaysia Secara Rasmi

Asus memperkenalkan peranti Zenfone 5 dan juga Zenfone Max Pro ketika acara Mobile World Congress 2018 (MWC2018) di Barcelona pada bulan Feburari yang lalu dan Asus Malaysia hari ini telah melancarkan kedua-dua peranti tersebut untuk pasaran Malaysia secara rasmi. 

Dari segi rekaan Asus Zenfone 5 dilengkapi dengan skrin 6.2 inci disertakan dengan notch, dengan paparan 19:9, rekaan bezel yang minimal dan mempunyai 90% screen-to-body ratio. Asus Zenfone 5 ini turut dilengkapi dengan cip prosesor Snapdragon 636, 4GB RAM, 64GB internal storage. 

Dari segi kamera, Asus Zenfone 5 ini mempunyai dual-camera pada bahagian belakang dengan lens 12 megapixel manakala kamera kedua pulak dilengkapi lens sebesar 16 megapixel yang mampu menghasilkan gambar wide angle

Asus Zenfone 5 ini dilengkapi bateri bersaiz 3300mah serta ianya turut menyokong fast charging menggunakan USB-C yang mana Asus memberitahu pengguna hanya perlu mengambil masa 38 minit untuk mengecas peranti ini dari 0%-60%. Asus Zenfone 5 akan menggunakan Android 8.0 Oreo (ZenUI 5.0)

Asus hari ini turut melancarkan peranti mampu milik mereka iaitu Asus Zenfone Max Pro (M1). Buat pertama kali Asus melancarkan peranti yang menggunakan Stock Android dan akan menjadikan pengalaman pengguna lebih lancar berbanding yang dilengkapi dengan sistem ZenUI. Seperti biasa sistem stock android kebiasaanya akan menjadikan peranti lebih smooth dan laju seperti yang digunakan pada Google Pixel.
Dari segi spesifikasi, peranti ini dilengkapi dengan cip prosesor Snapdragon 636, cip Adreno 509 GPU yang mana menjanjikan prestasi lebih laju ketika bermain moblie gaming yang menggunakan grafik yang tinggi. Asus turut memberi pilihan kepada pengguna bagi memilih model berdasarkan sama ada 3/4/6 GB RAM. Peranti ini juga turut dilengkapi dengan sistem dual camera 16 megapixel yang mana secondary camera pada peranti ini mampu menghasilkan gambar bokeh/portrait

Menariknya peranti ini dilengkapi dengan bateri bersaiz 5000mah dan seperti model Zenfone 5, ianya turut menyertakan sistem pengecasan pantas yang membolehkan peranti ini dicas dari 0%-100% dalam masa hanya dua jam.

Untuk model Asus Zenfone 5, ianya akan dijual pada harga RM 1,599.00 manakala bagi Zenfone Max Pro pula ianya akan dijual bermula harga RM699. Berikut merupakan model berserta harga bagi model 3GB, 4GB dan 6GB RAM yang akan dijual untuk pasaran Malaysia.

Asus Zenfone Max Pro, 3GB RAM, 32GB internal storage = RM 699 
Asus Zenfone Max Pro, 4GB RAM, 64GB internal storage = RM 849 
Asus Zenfone Max Pro, 4GB RAM, 64GB internal storage = RM 999
Asus Malaysia turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan diskaun untuk pelanggan yang membuat pre-order melalui Lazada. Asus Zenfone Max Pro 3GB, 32 GB RAM akan dijual pada harga RM599 manakala bagi model 4GB, 64 GB RAM pula pada harga RM 799 melalui promosi flash sale Lazada pada tarikh 1, 5, 12, 19 dan 26 Jun ini.

Rujukan: AsusMalaysia, Lazada
Powered by Blogger.