Header Ads

VIRAL
recent

Apple Mula Menghantar Jemputan Media Untuk Acara WWDC18

Apple telah menghantar jemputan media untuk acara WWDC18 yang akan berlangsung di McEnery Convention Center, San Jose Carlifornia pada 4 Jun ini. 

Apple seperti biasa akan mengumumkan beberapa perkara baru termasuk kemaskini sistem operasi iOS 12, macOS 10.14, tvOS 12, watchOS 5 dan berkemungkinan penambahbaikan terhadap Siri dan HomePod. Kebiasaanya Apple akan melepaskan software beta untuk pembangun aplikasi manakala public beta untuk pengguna pula akan dilepaskan beberapa minggu kemudian.

Apple dikatakan akan melancarkan Macbook Air baru, iPhone SE 2, iPad Pro baru serta iPad 9.7 dengan harga mampu milik. Anda boleh mengikuti acara WWDC ini secara live melalui peranti iOS dan macOS secara terus melalui website Apple.
Follow kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk kemaskini secara live ketika acara WWDC18 Jun ini.
Powered by Blogger.