Header Ads

VIRAL
recent

Apple Mengumumkan Program 'iPhone Out-Of-Warranty Battery Replacement Credit'

Apple hari ini telah mengumumkan mereka akan memberikan RM 240 kepada pelanggan yang membayar servis pertukaran bateri iPhone yang telah tamat tarikh waranti untuk iPhone 6 dan ke atas. Mereka yang membuat pertukaran bateri antara 1 Januari hingga 28 Disember 2017 dan servis ini mestilah melalui pusat servis rasmi mereka iaitu Apple Store, Apple Repair Center dan Apple Authorized Service Provider.

Apple akan memberikan kredit sebanyak RM 240 melalui fund transfer terus ke kad kredit pelanggan dan mereka yang layak akan dihubungi melalui email bermula 23 Mei sehingga 27 Mei ini. Apple akan memberitahu lebih lanjut melalui email tersebut bagaimana pengguna boleh mendapatkan kredit tersebut.

Jika anda masih tidak menerima apa-apa email daripada Apple sehingga 1 Ogos ini dan merasakan anda layak menerima pulangan kredit, anda boleh menghubungi Apple sebelum 31 Disember 2018 untuk membuat tuntutan tersebut. Diingatkan anda mungkin perlu sertakan resit pembayaran sebagai bukti penukaran bateri telah dibuat kepada Apple.

Sumber: Apple
Powered by Blogger.