Header Ads

VIRAL
recent

Apple Rancang Memperkenalkan Smart Speaker Jenama Beats Dengan Harga Mampu Milik


Satu laporan yang dikeluarkan oleh salah satu pembekal Apple; Sina memberitahu Apple berkemungkinan merancang untuk memperkenalkan HomePod dengan harga mampu milik menggunakan branding daripada syarikat Beats.


Malah syarikat pembekal dari Taiwan menyatakan yang mana Apple mensasarkan harga untuk HomePod ini sekitar $199 (RM1100). Ini akan menjadikan speaker ini sebagai entry level product bagi platform smart speaker keluaran Apple jika dibandingkan dengan produk HomePod ketika ini yang dijual ada harga $349.

Apple dikatakan akan menggunakan cip MediaTek berbanding cip prosesor A8 yang kini digunakan pada HomePod. Ini dilihat dapat mengurangkan kos dan menjadikan harga speaker tersebut lebih murah berbanding HomePod.

Ini turut dilihat sebagai salah satu strategi Apple untuk meningkatkan jualan untuk produk smart speaker yang mana beberapa laporan memberitahu jualan HomePod tidak bergitu gah jika dibandingkan dengan smart speaker yang ada dipasaran ketika ini seperti Google Home dan Amazon Echo.

Powered by Blogger.