Header Ads

VIRAL
recent

Masalah Bateri Menyebabkan OnePlus Tidak Sertakan Fungsi 'Always On Display' Pada OnePlus 6

Fungsi Always On Display yang disertakan pada device yang menggunakan skrin OLED merupakan salah satu faktor tambahan bagi pengguna yang ingin membeli peranti baru. Always On Display akan memaparkan notifikasi pada skrin seperti yang terdapat pada flagship Samsung S series dan Note series mereka.

Salah seorang pengguna memberitahu melalui web Reddit, mereka antara yang terawal menerima peranti OnePlus 6, fungsi Always On Display ini boleh didapati pada bahagian setting. Selepas sahaja hari pelancaran peranti ini, OnePlus mengeluarkan software update dan mereka yang melakukan kemaskini memberitahu fungsi itu sudah tiada pada bahagian setting peranti mereka.

Selepas beberapa aduan dibuat OnePlus mengeluarkan kenyataan yang mana mereka ingin menjaga jangka hayat bateri peranti mereka agar bertahan lebih lama. Mereka memberitahu walaupun fungsi ini menggunakan kuasa bateri yang sangat minima, mereka mengambil kira perkara ini untuk memastikan prestasi bateri OnePlus 6 pada tahap yang terbaik.

"We have an official update from our Technical Team confirming that always on display on OnePlus 6 was removed due to battery saving concern.We hope that this clarifies your concern. Let us know if there's anything else. Regards,OnePlus Customer Support"
Pengguna OnePlus 6 boleh mengatifkan fungsi Ambient Display untuk memudahkan mereka memeriksa notifikasi dengan lebih pantas.

Rujukan: Reddit
Powered by Blogger.