Header Ads

VIRAL
recent

0% GST; Xiaomi Umum Harga Terkini Untuk Produk Mereka Bermula 1 Jun

Kerajaan telah mengumumkan cukai 6% ke atas barang dan perkhidmatan ditukar kepada 0% bermula 1 Jun 2018. Xiaomi telah pun mengemaskini harga produk mereka pada kadar 0% GST yang mana bermula 1 Jun, pengguna boleh membuat pembelian gadget dengan harga yang lebih rendah berbanding ketika ianya tertakluk kepada 6% GST.

Xiaomi menyatakan kesemua barang yang disenaraikan oleh mereka tertakluk kepada stok yang masih ada di Mi Store @ Lazada, Authorised Mi Stores, dan juga Mi Zones. Dibawah adalah senarai bagi harga terkini untuk kategori smartphone:

Mi MIX 2 (6GB+64GB) - RM1599
Mi MIX 2 (8GB+128GB, Ceramic White) - RM2169
Redmi 5 (2GB+16GB) - RM479
beber Redmi 5 (3GB+32GB) - RM579
Redmi 5 Plus (3GB+32GB) - RM679
Redmi 5 Plus (4GB+64GB) - RM799
Redmi Note 5 (3GB+32GB) - RM749
Redmi Note 5 (4GB+64GB) - RM939
Redmi S2 (3GB+32GB) - RM679
Redmi S2 (4GB+64GB) - RM849
Mi MIX 2S (6GB+64GB) - RM1999
Mi MIX 2S (6GB+128GB) - RM2199
Selain smartphone, Xiaomi juga menyenaraikan aksesori seperti powerbank, Mi Band serta smartwatch AmazFit Pace turut menerima pengurangan harga yang menarik. Jika anda ingin menyemak harga terkini bagi produk Xiaomi, anda boleh terus ke Facebook rasmi XiaomiMalaysia.
Powered by Blogger.