Header Ads

VIRAL
recent

Download Wallpaper 'Live Photo' Yang Cool Untuk iPhone Anda Melalui Apps Ini

Ketika Apple melancarkan iPhone 6S pada tahun 2015, Apple turut memperkenalkan beberapa fungsi baru pada iPhone 6S yang membezakan peranti tersebut daripada model sebelumnya. iPhone 6S muncul dengan fungsi 3D Touch dan juga Live Photo membolehkan pengguna mengambil gambar pdengan pergerakan 3 saat jika pengguna aktifkan fungsi Live Photo pada setting camera anda.


Menariknya, Live Photo ini boleh dijadikan sebagai wallpaper iPhone anda yang mana anda boleh menggunakan fungsi 3D Touch pada Lock Screen untuk melihat effect Live Photo ketika iPhone dalam mode Lock. Jika kita lihat pada bahagian Setting > Wallpaper > Live, hanya 9 sahaja wallpaper live yang diberikan kepada pengguna iPhone dan nampaknya pada iOS 11 Public Beta pun masih belum ada penambahan untuk live wallpaper.


Jika anda agak bosan dengan koleksi live wallpaper yang ada, Wally Papes merupakan satu aplikasi live wallpaper yang menarik milik Gorum yang mana beliau merupakan photographer yang banyak menghasilkan gambar dalam bentuk GIF yang kebanyakannya diupload terus ke laman web milik Gorum.

Gorum menberitahu yang mana dia berharap dia dapat berkongsi lebih banyak live wallpaper menerusi aplikasi Wally Papes selepas ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun seara percuma di App Store. Selamat mencuba! 

Jangan lupa untuk follow kami di Facebook, Twitter dan Instagram ya!

Rujukan: iDownloadBlog
Powered by Blogger.