Header Ads

VIRAL
recent

Spotify Kini Boleh Dimuat Turun di Windows Store

Microsoft sebelum ini mendedahkan bahawa Spotify bakal hadir di Windows Store, dan pengguna boleh memuat turun aplikasinya mulai hari ini. Walaupun Spotify pernah membina aplikasi smartphone untuk Windows Phone, syarikat itu terpaksa menukarkan aplikasi desktop sedia ada untuk keserasian (compatibility) dengan sistem operasi Windows 10 S yang hanya menyokong aplikasi dari Windows Store. Ianya tidak jauh beza dengan perisian desktop sedia ada jika anda adalah pengguna Spotify di PC sebelum ini.


Walaubagaimanapun, aplikasi ini bukanlah universal seperti yang disangkakan dan ia tidak boleh digunakan pada Windows Phone dan konsol Xbox One. Dalam pada itu, Microsoft juga telah mengumumkan aplikasi iTunes dari Apple yang juga boleh dimuat turun melalui Windows Store bagi memudahkan pengguna iPhone yang menggunakan PC, namun ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi oleh Apple.

Spotify adalah sebuah aplikasi penstriman muzik yang terkenal di dunia, jadi dengan kehadirannya di Windows Store sedikit sebanyak membantu meningkatkan populariti penggunaan Windows Store yang terhad hanya untuk laptop Surface. Ia membolehkan pengguna untuk stream, memuat-turun dan berkongsi muzik dan playlist dengan rakan dengan mudah. Ia juga boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.

Dapatkan aplikasi Spotify di Windows Store di sini.

Sumber: The Verge
Powered by Blogger.