Header Ads

VIRAL
recent

OnePlus 5 Kantoi Menipu Dalam Ujian Benchmark

Awal tahun ini, XDA Developer berjaya mengesan penipuan dalam ujian benchmark beberapa syarikat pengeluar smartphone antaranya Meizu dan turut tidak terkecuali iaitu OnePlus yang mana jika dilihat pada peranti OnePlus 3T, smartphone tersebut dapat mengungguli markah yang tinggi dalam beberapa aplikasi benchmark popular dengan mengaktifkan performance mode pada peranti tersebut. Ia dihasilkan dengan meningkatkan pengggunaan kuasa cip prosesor pada peranti tersebut. Nampaknya, perkara sama sekali lagi diperkatakan selepas pelancaran  flagship terbaru mereka iaitu OnePlus 5.


Unit OnePlus 5 yang diberikan kepada pihak media dikatakan menipu dalam beberapa ujian benchmark terkenal supaya ia dapat review yang positif bagi kelajuan operasi smartphone itu. Pengeluar Android sering terkenal dengan penipuan benchmark kerana masing-masing ingin membuktikan kebolehan dari segi performance smartphone masing-masing. Anda boleh lihat sendiri hasilnya dibawah:

Turut menajadi isu ialah mengenai design pada OnePlus 5 dikatakan seakan smartphone keluaran Apple iaitu iPhone 7 Plus. Ini kerana placement untuk dual camera setup mereka sama dengan yang terdapat pada iPhone 7 Plus. Perkara ini menjadi topik hangat di media sosial selepas peranti ini dilancarkan baru-baru ini

Rujukan: XDA Developer
Powered by Blogger.