Header Ads

VIRAL
recent

OnePlus 5 Dilancarkan Secara Rasmi; 8GB RAM, Dual Camera Yang Menjanjikan Gambar Lebih Awesome


OnePlus hari ini telah pun melancarkan flagship terbaru mereka iaitu OnePlus 5. Dengan tagline "Dual Camera, Clearer Photos", OnePlus kali ini dilihat ingin memperlihatkan keupayaan kamera untuk peranti OnePlus 5. Jika dilihat pada peranti sebelum ini OnePlus antara pengeluar smartphone dengan spesifikasi tinggi, OnePlus 5 kali ini turut tidak terkecuali.

OnePlus 5 ini dilengkapi dengan cip prosesor Snapdragon 835, skrin 5.5 inci dengan paparan 1080p, 6/8GB RAM, storan dalaman 64/128GB, fingerprint scanner pada bahagian hadapan serta dual camera setup 16MP Wide Angle lens dengan f/1.7 dan 20MP Telephoto lens dengan f/2.6 pada bahagian belakang. Kapasiti batteri untuk OnePlus 5 ini agak kurang sedikit berbanding OnePlus 3T (3400mAh) dengan kapasiti 3300mAh serta menyokong pengecasan pantas iaitu Dash Charging.


Dual camera setup untuk OnePlus 5 disertakan dengan beberapa mode baru antaranya Portrait Mode membolehkan pengguna mendapatkan efek bokeh pada gambar yang diambil, Smart Capture serta Pro Mode dimana pengguna boleh mengawal ISO Shutter Speed secara manual.

OnePlus dilihat terus memperkemaskan sistem operasi mereka iaitu OxygenOS yang mana mereka memperkenalkan beberapa ciri baru khusus untuk peranti ini. Antaranya ialah fungsi Gaming Do Not Disturb (DND) Mode yang mana ianya akan menyekat sebarang notification masuk ketika anda sedang bermain game dan long screenshot yang mana bagi kami ianya fungsi kecil yang sangat berguna.


OnePlus 5 akan mula dijual di US bermula 27 Jun ini pada harga $479 untuk model 6GB RAM dan 64GB, manakala untuk model 8GB RAM dan128GB pula akan dijual pada harga $549. OnePlus 5 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Slate Grey serta Midnight Black. Bilakah peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia juga belum diketahui buat masa ini. Kami akan cuba mendapatkan peranti ini dan akan membuat reveiw penuh mengenai peranti ini.

Jangan lupa ikuti kami di Facebook, Twitter serta Instagram untuk kemaskini terkini mengenai tarikh peranti ini akan mula dijual di Malaysia.

Rujukan: OnePlus
Powered by Blogger.