Header Ads

VIRAL
recent

Microsoft Mengakui Ia Menghentikan Sokongan Anti-virus Premium Yang Sudah Tamat Tempoh

Sejak virus WannaCry menyerang sistem operasi Windows sebelum ini, usaha kumpulan sekuriti Microsoft dikatakan gagal untuk melindungi penggunanya. Terbaru, syarikat anti-virus Kaspersky menuduh Microsoft menutup anti-virusnya yang tidak aktif secara automatik dan digantikan dengan pengaktifan Windows Defender yang merupakan anti-virus tersedia dalam sistem operasi Windows. Dalam pertuduhan itu dikatakan Microsoft menyalahgunakan kuasa dominasinya bagi mempromosikan anti-virus mereka tersendiri.


Walaubagaimanapun, Rob Lefferts; selaku wakil Microsoft, membidas tuduhan tersebut dalam sebuah blog rasmi Microsoft. Rob menyatakan bahawa tindakan Microsoft menutup anti-virus premium secara automatik adalah untuk melindungi penggunanya dari serangan virus dan malware, lebih-lebih lagi apabila ia tidak aktif disebabkan perisian tamat tempoh langganan dan sebagainya.

Tindakan Microsoft ini seharusnya dipuji kerana ia sedar walaupun usahanya dalam menyekat serangan virus tidaklah sehebat pengeluar antivirus luar, namun dengan pengaktifan perisian Windows Defender ini sedikit sebanyak dapat menyekat hampir majoriti virus terkenal secara automatik; selagi Windows Update tidak dimatikan.

Rujukan: The Verge
Powered by Blogger.