Header Ads

VIRAL
recent

LEAGOO Mengumumkan KIICAA S8, 6GB RAM Skrin 5.99 Inci; Rekaan Seakan S8 Plus

LEAGOO hari ini mengumumkan smartphone terbaru iaitu KIICCA S8 yang mana buat pertama kali LEAGOO muncul dengan skrin 18:9. Menariknya skrin KIICCA S8 ini dilihat menyerupai Infinity Display flagship terbaru dari Samsung S8 Plus.


LEAGOO masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai spesifikasi penuh mengenai peranti ini tetapi daripada apa yang dikongsikan di Twitter rasmi mereka, peranti ini dilengkapi dengan cip prosesor MediaTek MT6763. Selain itu, peranti muncul dengan dua model iaitu model 4GB RAM + 64GB ROM dan model 8GB RAM + 128 ROM. Dari segi skrin pula, LEAGOO S8 ini muncul dengan skrin sebesar 5.72 inci dengan resolusi 1440x720 dan turut mempunyai option untuk skrin yang lebih besar 5.99 inci yang mana akan dijual pada harga bawah $300 sekitar RM 1290.

Menurut LEAGOO mereka akan memperkenalkan dua lagi model baru iaitu LEAGOO KIICAA S8 Lite dan juga LEAGOO S8 Premium. LEAGOO dijangka akan memperkenalkan peranti ini secara rasmi pada September ini.

Rujukan: LEAGOO
Powered by Blogger.