Header Ads

VIRAL
recent

Layari Internet Tanpa Iklan Dengan Firefox Focus Untuk Android

Firefox Focus, sebuah aplikasi yang terkenal dengan teknologi penyekatan iklan dan spyware untuk iOS kini tampil dengan aplikasi yang sama untuk pengguna Android. Uniknya aplikasi ini adalah kebolehannya untuk menyekat pelbagai jenis iklan yang terpapar di sebuah laman web itu. Dengan antaramuka yang kemas dan mesra pengguna, ia merupakan salah satu inisiatif Mozilla untuk melindungi privasi dan keselamatan pengguna semasa melayari laman web.


Firefox Focus menyekat iklan secara terus dan ia juga dapat menjimatkan penggunaan data. Berbeza dengan versi iOS sedia ada, Firefox Focus mempunyai fungsi untuk memaparkan kuantiti iklan yang disekat, pilihan untuk disable pengesan tracker dan notifikasi apabila ia sedang aktif digunakan khas untuk pengguna Android.

Saksikan bagaimana Firefox Focus berfungsi dan muat turun di Google Play Store secara percuma.



Rujukan: Mozilla
Powered by Blogger.