Header Ads

VIRAL
recent

Layan Video 'Vertical' Di YouTube Tanpa Black Bars Melalui Kemaskini Terbaru Tidak Lama Lagi


YouTube merupakan laman web paling popular untuk orang ramai menonton video secara online. YouTube melaporkan 1.5 bilion pengguna menonton video di laman web youtube setiap bulan dan kebanyakan pengguna internet menghabiskan masa selama 1 jam sehari hanya untuk menonton video di YouTube.

Ketika acara VidCon berlangsung beberapa hari yang lalu, YouTube turut mengumumkan yang mana mereka akan muncul dengan kemaskini terbaru yang membolehkan pengguna YoutTube untuk menonton video secara vertical dengan lebih baik tanpa sebarang black bars seperti sebelum ini. 

Kemaskini terbaru ini turut akan membawa sokongan video 16:9, 4:3 serta square dan menjanjikan optimization untuk paparan tersebut bagi memberikan pilihan yang lebih banyak kepada pengguna dalam menghasilkan video baru di YouTube.


Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk update terkini bilakah kemaskini ini dilepaskan kepada pengguna.

Sumber: YouTube
Powered by Blogger.