Header Ads

VIRAL
recent

Kerjasama Apple dan IKEA Bakal Memudahkan Pengguna Mencuba Perabot Maya di Rumah

Walaupun sebelum ini IKEA kerap membahan Apple dengan iklan sindiran semasa pelancaran iPad dan Apple Pencil, kedua-dua syarikat ini mempunyai satu misi yang sama; keutamaan pada design yang praktikal dan mudah untuk pengguna. Jadi, tidak hairanlah untuk Apple bekerjasama dengan IKEA dalam satu projek aplikasi baru untuk iOS 11; augmented reality (AR).

Menurut Michael Valdsgaard, Ketua Transformasi Digital dan IT di IKEA, aplikasi AR ini adalah yang pertama yang memudahkan anda untuk mencuba perabot maya di rumah. Aplikasi ini berfungsi dengan fungsi overlay objek perabot itu dengan imej yang dipaparkan pada kamera.


AR, ataupun augmented reality bukanlah sesuatu yang baru. Ia merupakan satu inovasi yang mungkin terkenal melalui game Pokemon Go. Namun, Apple akan meluaskan lagi pengaruh AR selain dari game dengan pelancaran iOS 11. Aplikasi AR dari IKEA bakal dilancarkan di App Store pada akhir tahun ini, berkemungkinan untuk mempromosikan iPhone baru nanti.

Rujukan: RedmondPie.
Powered by Blogger.