Header Ads

VIRAL
recent

JPJ Melancarkan Hotline Di Aplikasi Whatsapp Untuk Melaporkan Kesalahan Jalan Raya Sempena Musim Aidilfitri


Sempena musim perayaan Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam beberapa hari lagi, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah pun melancarkan hotline khas di apikasi Whatsapp bagi memudahkan pengguna jalan raya untuk melaporkan kesalahan yang berlaku secara terus melalui aplikasi Whatsapp.


Penguna jalan raya boleh melaporkan sebarang insiden kesalahan jalan raya sama ada dengan menghantar gambar ataupun video kesalahan tersebut ke nombor 011-5111 5252. Pengguna juga diingatkan untuk menyertakan sekali di mana lokasi serta waktu kesalahan tersebut berlaku.

Kami harap dengan inisiatif daripada pihak JPJ, pengguna jalan raya lebih berhati-hati serta memandu kenderaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Semoga pembaca TechMy selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Kami warga kerja TechMy ingin mengucapkan Selmat Hari Raya dan teruskan menyokong kami.

Rujukan: New Straits Times
Powered by Blogger.