Header Ads

VIRAL
recent

Instagram Mengumumkan Hampir 250 Juta Pengguna Stories, Menambah Fungsi Live Video Replays

Instagram baru-baru ini mengumumkan bahawa pengguna fungsi Instagram Stories kini mencecah sehingga 250 juta sehari. Sinonim dengan fungsi yang sama dengan Snapchat, fungsi Stories ini sahaja secara tidak langsung mempunyai lebih pengguna aktif dari keseluruhan fungsi Snapchat itu sendiri iaitu cuma 166 juta.


Untuk mengekalkan takhta itu, Instagram juga telah melancarkan beberapa fungsi baru iaitu Live Video Replays. Apabila pengguna telah tamat membuat Live video broadcast, pengguna kini mempunyai pilihan sama ada untuk kongsikannya melalui Stories dalam tempoh 24 jam sebelum ia hilang. Jika sebelum ini, Live video broadcast akan terus hilang apabila selesai, dan ini membuatkan ia seperti terlalu spontan, senang untuk terlepas dan sukar untuk menontonnya semula.

Dalam pada itu, Snapchat adalah sebuah aplikasi yang mempunyai fungsi sama seperti Instagram Stories. Ia sangat popular di US dan sejurus selepas Facebook mengumumkan fungsi yang sama untuk Instagram, Snapchat telah kerugian ramai pengguna disebabkan klon itu.

Walaubagaimanapun, kedua-dua aplikasi ini sangat seronok untuk digunakan. Pada yang belum mencuba, anda boleh memuat turun dan mengemaskini aplikasi Instagram sedia ada di Apple App Store dan Google Play Store.

Rujukan: Techcrunch
Powered by Blogger.