Header Ads

VIRAL
recent

Gaji Penjawat ICT Masih Kurang Memberangsangkan

Pelopor ICT nasional iaitu PIKOM telah mengeluarkan kenyataan bahawa gaji penjawat awam dan swasta dalam bidang ICT masih dalam keadaan kurang memberangsangkan. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kenaikan gaji yang sedikit pada tahun 2016. Peningkatan gaji bagi penjawat profesional adalah sekitar RM8,114 pada tahun 2015 dan pada tahun 2016 pula meningkat kepada RM8,484; ini adalah peningkatan gaji tidak sihat sejak tahun 2009.



Walaubagaimanapun, pengerusi PIKOM Chin Chee Seong menyatakan bahawa sektor ICT adalah sebuah sektor yang dapat menjana pendapatan ekonomi Malaysia. Beliau menegaskan bahawa 2017 merupakan tahun dimana terdapat peningkatan positif ekonomi dan ini sedikit sebanyak dapat membantu syarikat dan organisasi dalam meningkatkan gaji minima penjawat sektor ICT.

Dalam pada itu, Chee Seong menekankan bahawa trend gaji minima yang rendah bagi posisi entry level seharusnya dipandang serius kerana gaji seorang senior manager adalah 6.44 kali lebih tinggi dari itu; dijangka akan mencapai 6.61 kali ganda lebih tinggi berbanding posisi perkerjaan entry level pada tahun ini. Jika ia tidak ditangani dengan segera, terdapat kemungkinan bahawa sektor ICT bukanlah bidang pilihan utama pekerja dan ini akan memberikan impak negatif kepada industri.

Powered by Blogger.