Header Ads

VIRAL
recent

Facebook Sedang Menguji Fungsi 'Facebook Profile Picture Guard'

Laman sosial popular Facebook kini sedang menguji fungsi perlindungan gambar profil penggunanya. Dipanggil Facebook Profile Picture Guard, ia bertujuan untuk menyekat gambar profil pengguna dari disalahgunakan oleh orang luar. Apabila ia diaktifkan oleh pengguna, pengguna lain tidak dapat memuat-turun mahupun berkongsi gambar tersebut.



Sebab utama Facebook memperkenalkan fungsi ini adalah untuk melindungi golongan wanita. Ini kerana terdapat banyak kes penyalahgunaan gambar profil Facebook yang mana kebanyakannya digunakan untuk tujuan penipuan dalam iklan dan dating fraud. Fungsi ini diuji terlebih dahulu di India dan akan dilancarkan secara menyeluruh jika ianya boleh mengurangkan kes penipuan yang banyak berlaku pada ketika ini. 

Facebook juga dikatakan akan menyekat fungsi screenshot untuk pengguna Android secara automatik. Bagi mereka yang mengaktifkan fungsi ini, profile picture anda akan mempunyai boarder berwarna biru yang mana ianya adalah untuk mengesahkan profile picture pengguna tersebut dilindungi oleh fungsi tersebut.

Rujukan: 9to5Mac
Powered by Blogger.