Header Ads

VIRAL
recent

Apple Music Kini Muncul Dengan Langganan Tahunan Untuk Pengguna US


Apple dilihat telah menambah satu lagi package langganan baru iaitu langganan secara tahunan untuk perkhidmatan Apple Music. Sebelum ini pengguna hanya boleh memilih untuk melanggan perkhidmatan Apple Music ini secara langganan individu atau family subscription. Menariknya mengenai langganan secara tahunan ini, pengguna boleh jimat sehingga $20 jika mereka memilih untuk melanggan perkhidmatan Apple Music ini secara tahunan.

Kami sedikit kecewa kerana langganan untuk setahun ini hanya untuk pengguna Apple ID US sahaja buat masa ini dan hanya untuk mereka yang subscribe perhidmatan ini secara individual sahaja. Buat masa ini pengguna Malaysia hanya boleh memilih untuk melanggan dengan langganan individual pada harga RM 14.90 sebulan ataupun family subscription pada harga RM 22.90 sebulan.




Apple nampaknya tidak membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara ini tetapi pengguna di US dilihat sudah boleh untuk melanggan perkhidmatan Apple Music secara tahunan. Sama sama kita nantikan sama ada perkara ini akan turut diperkenalkan untuk pengguna Malaysia.

Rujukan: 9to5Mac
Powered by Blogger.