Header Ads

VIRAL
recent

DiGi Perkenal Plan Postpaid 150 Infinite; Menawarkan Panggilan & Internet Tanpa Had



Digi baru sahaja melancarkan plan postpaid terbaru yang mana pengguna kini boleh menikmati kuota internet tanpa had, panggilan percuma ke semua rangkaian dengan hanya RM 150 sebulan. Menariknya mengenai plan Postpaid 150 Infinite ini ianya bukan sahaja menawarakan kuota internet tanpa had, penggunaan secara Tethering atau Hostpot turut ditawarkan tanpa sebarang cas tambahan serta 1000 SMS percuma jika anda mendaftar dengan plan Postpaid 150 Infinite.

Selain plan Postpaid 150 Infinite, Digi turut menawarkan plan Postpaid 80 Infinite yang mana plan ini turut menawarkan kuota internet tanpa had dengan kelajuan internet sehingga 5 Mbps sahaja. Untuk plan Postpaid 80 Infinite ini pengguna hanya boleh menggunakan internet secara teatering/hotspot 5GB sebulan untuk tempoh setahun.

Bagi mereka yang berminat dengan plan terbaru dari Digi ini, diingatkan plan ini hanya boleh didapati melalui web atau pun online purchase untuk masa terhad dan tidak ditawarakan di mana-mana Digi Store.

Bagi kami plan 150 Infinite yang ditawarkan oleh Digi kali ini sangat 'worth it'.Anda kini tak perlu risau untuk hostpot data daripada telefon anda untuk layan Netflix/Hulu/HBO Now tanpa sebarang extra cas. Untuk maklumat lanjut mengenai plan terbaru dari Digi ini, boleh layari website Digi untuk maklumat penuh mengenainya.
Powered by Blogger.