Header Ads

VIRAL
recent

OnePlus 3 Akan Mula Dijual Di Malaysia Bermula 9 Ogos Ini



OnePlus telah pun memperkenalkan OnePlus 3 secara rasmi 15 Jun yang lalu dan peminat produk OnePlus semestinya menantikan bilakah flagship tersebut akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Berita baik buat peminat OnePlus, anda boleh mendapatkan OnePlus 3 secara ekslusif melalui Lazada bermula 9 Ogos ini.



Sedikit spesifikasi mengenai OnePlus 3 ini, ianya akan dilengkapi dengan cip prosesor Snapdragon 820, 6 GB RAM, storan dalaman 64GB, kamera 16 Megapiksel dengan sokongan OIS, fingerprint reader pada bahagian hadapan, menyokong fast charging dan menggunakan sistem operasi Oxygen OS (Android 6.0.1)

Anda akan menerima OnePlus Flip Case secara percuma sekiranya anda membeli peranti OnePlus 3 ini melalui Lazada. OnePlus 3 akan dijual pada harga RM 1,888 dan Lazada akan membuka pre order untuk peranti ini tidak lama lagi.

Rujukan: Lazada
Powered by Blogger.