Header Ads

VIRAL
recent

ServisHero Menawarkan Servis Kejut Sahur Pada Bulan Ramadhan


ServisHero merupakan sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan antaranya perkhidmatan membersih rumah atau pejabat (cleaning), membaiki aircond (air conditioning), membaiki paip (plumbing), serta turut menyertakan beberapa perkhidmatan lain seperti aturcara majlis (event planner) dan catering secara online. 

Untuk mengetahui servis apakah yang mereka tawarkan, anda boleh klik sini. Bersempena bulan Ramadhan yang akan bermula esok, ServisHero kini telah menambah satu lagi perkhidmatan online yang menarik. ServisHero akan mula menawarkan perkhidmatan wake up call untuk bersahur pada bulan Ramadhan secara percuma. Bagi anda yang berminat untuk mencuba perkhidmatan ini, anda hanya perlu pergi ke laman web ServisHero dan mendaftar nama serta nombor telefon yang boleh dihubungi dan ServisHero akan menghubungi anda setiap hari seawal 5 pagi untuk bersahur. 

Menarik bukan? ServisHero akan mula menawarkan perkhidmatan ini bermula 6 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016 dan ianya ditawarkan secara percuma.

 Rujukan: ServisHero
Powered by Blogger.