Header Ads

VIRAL
recent

Now On Tap Kini Boleh Digunakan Tanpa Akses Daripada Aplikasi Google Now


Google dilihat agak sibuk dalam membuat penambahbaikan pada servis Now On Tap yang mana servis ini diintergrasikan bersama aplikasi Google Now. Seperti yang diketahui umum, Google Now memaparkan info yang berkaitan dalam bentuk 'Cards' dengan menggunakan aplikasi seperti Gmail dan beberapa aplikasi Google yang lain membolehkan servis ini memberikan maklumat yang kita inginkan secara terus melalui aplikasi tersebut.

Kini dengan fungsi Now On Tap yang diperkenalkan oleh Google, Google ini membolehkan pengguna untuk menperoleh lebih banyak maklumat pada apa yang terpapar pada skrin tanpa perlu membuat carian menggunakan aplikasi Chrome.

Sebagai contoh, jika anda sedang berbincang dengan rakan anda menerusi aplikasi WhatsApp tentang movie terkini, anda hanya perlu hold home button untuk mengaktifkan Now On Tap. Now On Tap akan memaparkan maklumat berkaitan movie tersebut seperti review, trailer daripada Youtube serta membolehkan pengguna membuat reminders terus pada Google Calender. 

Sebelum ini jika anda ingin menggunakan fungsi Now On Tap, anda perlu pegi ke bahagian setting pada aplikasi Google Now dan enable setting pada bahagian 'Show Cards' dan Now On Tap untuk menggunakan fungsi tersebut.

Google dikatakan telah pun membuat kemaskini pada aplikasi Google Now dan kini pengguna boleh menggunakan fungsi Now On Tap tanpa perlu enable setting pada bahagian 'Show Cards'

Anda disarakan untuk enable kedua-dua setting tersebut jika anda kerap menggunakan aplikasi Google Now pada smartphone anda.

Rujukan: AndroidAuthority
Powered by Blogger.