Header Ads

VIRAL
recent

Kemaskini Android 6.0 Sedia Dimuat Turun Oleh Pengguna OnePlus 2

Bagi pengguna OnePlus 2 anda boleh memuat turun Android 6.0.1 untuk peranti anda bermula hari ini. OnePlus mengumumkan kemaskini tersebut menerusi forum rasmi mereka yang mana kemaskini ini membawakan beberapa penambahbaikan serta fungsi baru menerusi Android 6.0.1.

OnePlus memberitahu yang mana kemaskini ini akan membawakan beberapa penambahabaikan prestasi keseluruhan untuk peranti OnePlus 2. Antara fungsi baru yang akan diterima oleh pengguna OnePlus 2 ialah fungsi Doze Mode yang menjanjikan prestasi bateri yang lebih baik, pengimbas cap jari yang lebih pantas serta membawakan antaramuka baru bagi aplikasi kamera pada OnePlus 2.

Dibawah adalah antara perkara baru pada OnePlus 2 selepas mengemaskini kepada Android 6.0.1:
  • Kemaskini Android Marshmallow 6.0.1 
  • Fungsi Doze Mode menjanjikan prestasi bateri yang lebih baik
  • Penambahbaikan sistem secara menyeluruh menjadikan OnePlus 2 lebih laju
  • Pengimbas cap jari yang lebih laju dan tepat
  • Antaramuka baru untuk aplikasi kamera
  • MaxxAudio and Tuner kini digantikan dengan teknologi Dirac HD Sound
  • Lock aplikasi pada recent apps 
  • Swiftkey dikemaskini kepada versi 6.3.3
Jika anda masih tidak mendapat kemaskini ini secara OTA diharap bersabar kerana OnePlus memberitahu yang mana kemaskini ini dilakukan secara berperingkat dan menyatakan yang mana dalam tempoh 48 jam, pengguna OnePlus 2 di seluruh dunia akan menerima kemaskini tersebut.

Rujukan: OnePlus
Powered by Blogger.