Header Ads

VIRAL
recent

Instagram Kini Mempunyai 500 Juta Pengguna Di Seluruh Dunia




Instagram hari ini mengumumkan yang mana mereka kini telah pun mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia. Pengumuman ini dibuat melalui blog mereka dan mereka turut memberitahu 300 juta daripadanya menggunakan aplikasi tersebut secara aktif.

Menariknya, Instagram menyatakan yang mana lebih daripada 80% pengguna akaun media sosial tersebut merupakan pengguna yang menetap di luar Amerika Syarikat.

Instagram pada tahun ini muncul dengan beberapa penambahbaikan dari segi fungsi pada aplikasi mereka antaranya pengguna kini boleh memuat naik video dengan durasi 60 saat serta turut muncul dengan logo baru yang lebih minimalist.


Rujukan: Instagram
Powered by Blogger.