Header Ads

VIRAL
recent

Bluetooth 5 Akan Diumumkan Minggu Hadapan 2 Kali Lebih Pantas Berbanding Versi 4.0


Bluetooth generasi terbaru iaitu Bluetooth 5 akan diumumkan secara rasmi minggu hadapan yang akan menjanjikan kelajuan 2 kali lebih pantas serta sambungan 4x lebih jauh berbanding Bluetooth 4.0.

Pengarah Eksekutif Bluetooth Special Interest Group, Mark Powell mendedahkan berita tersebut dalam satu email memberitahu bahawa Bluetooth 5 akan diumumkan secara rasmi di London pada 16 Jun ini.

Bluetooth 5 ini dikatakan akan menawarkan lebih banyak sokongan untuk peranti smart home yang mana bermula tahun lalu pelbagai peranti smart home telah diumumkan dan yang terbaru ialah yang diumumkan oleh Google iaitu Google Home ketika acara Google I/0 2016 baru-baru ini.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Bluetooth 5 minggu hadapan.

Rujukan: Bluetooth 5
Powered by Blogger.