Header Ads

VIRAL
recent

Apple Memperkenalkan macOS Sierra Menggantikan OS X Secara Rasmi


Setelah sekian lama menggunakan nama OS X sebagai sistem operasi bagi Mac, Apple hari ini telah pun memperkenalkan macOS Sierra bagi menggantikan OS X El Capitan. Pengumuman tersebut mejadikan struktur nama bagi kesemua sistem operasi Apple selari; iOS, macOS, tvOS serta watchOS.

Perkara yang paling dinantikan oleh pengguna Apple ialah kemunculan Siri pada sistem operasi Mac. Apple akhirnya mengumumkan yang mana Siri akan muncul pada macOS Sierra. Sama seperti Siri pada iOS, pengguna boleh setkan reminder, menghantar message pada rakan, serta melihat keputusan perlawanan bola sepak dengan hanya tekan ikon Siri pada menu bar Mac anda.

Selain itu beberapa perkara baru yang akan muncul pada macOS Sierra ialah Optimize Storage; membolehkan iCloud untuk membuang file lama yang tidak digunakan dan memuat naik file tersebut pada iCloud secara automatik. iMessage pada Mac turut dikemaskini menjadikan fungsi iMessage pada Mac selari dengan fungsi iMessage pada iOS 10.

macOS Sierra versi beta sudah boleh dimuat turun oleh pembangun aplikasi manakala macOS akan dilepaskan kepada pengguna September ini,
Powered by Blogger.