Header Ads

VIRAL
recent

Review: Tebus Points Melalui Resit Dengan Aplikasi Manis



Jika anda gemar membeli makanan di kafe, restoran serta sering shopping di pasaraya terkemuka, selepas membaca artikel ini jangan lupa untuk resit yang anda dapat ya?. Resit itu boleh digunakan oleh Manis untuk menebus mata ganjaran atau points untuk mendapat baucar tunai dan banyak lagi. Cuma perlu berbelanja, ambil gambar resit dan tebus pelbagai item yang cool. Aplikasi Manis merupakan satu loyalty app untuk iOS dan Android yang unik dimana ia memberikan anda points dengan hanya  mengumpul resit pembelian anda di kedai-kedai yang terpilih  di Malaysia.

Kami telah menggunakan aplikasi Manis selama sebulan dan ia berpotensi untuk menjadi satu trend di kalangan pengguna smartphone yang inginkan ganjaran berdasarkan perbelanjaan seharian. Malah, kami berjaya menebus tiket tambah nilai Digi sebanyak RM5 menggunakan points yang terkumpul dan ianya sangatlah mudah. Jika anda berjaya mengumpul lebih banyak point, anda juga boleh tebus baucar tunai dari Lazada, foodpanda, Uber dan banyak lagi.

Pendaftaran





Untuk menggunakan aplikasi ini anda boleh mendaftar melalui email atau Facebook dan terus mendapatkan 500 mata jika anda invite rakan-rakan anda untuk turut mencuba aplikasi tersebut. Halaman utama Manis akan terus memaparkan senarai bisnes yang terlibat. Contohnya jika anda baru-baru ini telah membeli belah di 99 Speedmart dan telah menuntut resit, pilih nama merchant yang berkenaan (seperti Ampang) dan ambil gambar resit tersebut dan hantar untuk diproses. Jika anda tap pada Discover, ia akan memaparkan beberapa menu tambahan seperti Offers, Nearby, Browse dan Search.




Offers adalah halaman dimana sesuatu bisnes itu boleh menawarkan tawaran terhad dan eksklusif untuk pengguna Manis. Nearby pula memaparkan senarai penuh nama bisnes yang terlibat dalam program loyalty Manis dimana anda dapat menebus mata dengan resit yang berkaitan. Browse pula membolehkan pengguna untuk mencari bisnes mengikut kategori seperti kafe, bakeri dan sebagainya. Jika anda gagal mencari nama merchant yang berkenaan, tap pada Search dan mulakan carian.

Proses Resit


Cara untuk mendapatkan mata ganjaran Manis amatlah mudah. Selagi anda mempunyai rekod resit dari merchant yang berkenaan, anda boleh membuat tebusan dalam tempoh 72 jam. Cuma ambil gambar, isikan maklumat jika perlu dan hantar kepada Manis untuk diproses. Status resit penguna akan dipaparkan mengikut kriteria tertentu:
Pending: Resit anda sedang diteliti dan diproses
Approved: Resit anda sudah disahkan dan points telah dikreditkan
Rejected: Resit anda tidak diterima atas sebab-sebab tertentu


Tebus Ganjaran


Jika anda telah mencapai tahap mata ganjaran yang cukup untuk mula menebus, cuma tap pada bahagian Redeem untuk membuat tebusan ganjaran. Terdapat dua pilihan iaitu Rewards dan Cash Vouchers. Rewards menyenaraikan senarai merchant yang memberikan ganjaran. Ia juga membolehkan anda untuk menebus tiket tambah nilai prepaid untuk telefon anda pada tahap minima points yang tertentu. Manakala Cash Vouchers pula menyediakan senarai merchant yang menawarkan baucar tunai untuk lebih penjimatan dengan setiap pembelian di kedai tersebut. Contohnya dengan jumlah mata ganjaran yang terkumpul sebanyak 1500, kami layak untuk menebus tiket tambah nilai Digi sebanyak RM5.




Kesimpulan


Setelah sebulan kami menggunakan Manis, kami merasakan bahawa beberapa ppenambahbaikan terhadap aplikasi perlu dilakukan. Contohnya, Manis sering lag dan kurang responsif. Setiap kali update baru dikeluarkan Manis masih belum dapat menyelesaikan masalah kelajuan apps itu sendiri. Tambahan lagi, proses review resit juga memakan masa dan tidak konsisten. Baru-baru ini kami cuba untuk menebus mata ganjaran melalui resit The Windmill di Melaka, tapi ia masih tidak diproses selama hampir dua minggu. Walaubagaimanpun, Manis mempunyai keunikannya yang tersendiri dan berpotensi untuk menjadi satu aplikasiyang harus digunakan oleh semua pengguna smartphone di Malaysia.

Download Manis di App Store dan Google Play Store.
Powered by Blogger.