Header Ads

VIRAL
recent

Opera Baru Akan Menyekat Sebarang Jenis Iklan Pada Laman Web

Opera Web Browser lebih sinonim dan terkenal dengan nama Opera Mini untuk smartphone, kini bakal melancarkan web browser lengkap dengan ad-blocker. Ad-blocker berfungsi untuk menyekat sebarang jenis iklan dan plugin yang terdapat dalam kebanyakan laman web terkemuka dan ini sering melambatkan akses kepada laman web tersebut. Jika anda menggunakan Google Chrome pada PC mahupun Safari pada Mac, anda perlu memuat turun plugin ad-blocker secara berasingan.



Masih lagi dalam versi beta, anda boleh muat turun dan install Opera Developer Browser pada komputer anda dan akses laman web tanpa iklan dengan kelajuan 2 kali lebih pantas dan pada masa yang sama menjimatkan masa dan kuota internet anda serta melindungi privasi anda sebagai pengguna dan akses ke laman web dengan lebih selamat.

Laman web kami sendiri tidak mempunyai sebarang iklan setakat ini tapi kami telahpun menguji keberkesanan Opera dalam menyekat iklan. Hasilnya sangat memberangsangkan. Berikut merupakan ujian kami pada satu laman web teknologi terkemuka yang mempunyai sedikit iklan:


Bagi sesetengah laman web yang sarat dengan iklan, Opera dapat mengakses laman web tersebut jauh lebih cepat dari biasa. 




Opera Developer Browser boleh dimuat turun di sini dan boleh di install bersama dengan browser sedia ada.
Powered by Blogger.