Header Ads

VIRAL
recent

Fungsi Tersembunyi Pada iOS 9


Apple telah pun melepaskan iOS 9.3.1 kepada umum yang mana kemaskini ini muncul selepas pengguna melaporkan mereka menghadapi masalah pada  aplikasi seperti Safari yang kerap crash dan unresponsive apabila pengguna cuba membuka sesuatu link pada aplikasi tersebut. Selepas memuat turun kemaskini iOS tersebut, kami mendapati yang mana masalah crash pada Safari tidak lagi berlaku pada iOS 9.3.1 dan setelah berapa minggu mencuba keseluruhan iOS 9, kami ingin berkongsi beberapa fungsi tersembunyi yang terdapat pada iOS 9 ini:

Redial: Dalam app Phone, tap butang call hijau pada keypad sekali. Nombor yang kita dail sebelum ini akan terpapar

Buang cache: Reload page pada App Store, iTunes Store dan iBooks dengan tap 10 kali berterusan pada ikon navigation di bawah


Tukar nilai matawang dengan Spotlight: Buka Spotlight dan taip seperti "usd399 in myr" dan Spotlight akan memaparkan pertukaran nilai matawang tersebut.

Pengiraan dengan Spotlight: Spotlight juga menyokong pengiraan kalkulator. Contohnya apabila anda menaip 1+1, ianya akan memparkan jawapan secara terus menerusi Spotlight.

Buang nombor dalam Calculator: Dengan hanya swipe ke kiri atau ke kanan, kita dapat membuang nombor satu persatu


Trafik di Apple Maps: Keadaan trafik di Malaysia kini boleh dipaparkan dalam Apple Maps. Cuma tap ikon > atau cari lokasi tertentu. Trafik dipaparkan dalam bentuk garisan oren dan merah pada Apple Maps.

Clear RAM: Tekan power button sehingga "Slide to power off" terpapar kemudian terus menekan butang Home sehingga skrin menjadi gelap dan Home Screen dipaparkan semula

Burst mode: Pengguna iPhone 5 dan ke bawah boleh menikmati Burst mode dengan menekan butang shutter kamera secara berterusan

Remote shutter: Sambungkan Apple EarPods pada iPhone atau iPad anda dan tekan butang volume up atau down untuk menangkap gambar dengan Camera app

Cara pantas matikan flashlight: Swipe ikon Camera pada lock screen dan flashlight akan dimatikan



Cadangan laluan shortcut di Apple Maps: Semasa sedang navigate ke destinasi dan terdapat kesesakan trafik, Apple Maps kini menawarkan cadangan untuk laluan alternatif ke destinasi itu

Akses tab yang pernah dibuka pada Safari: Buka Safari dan tekan butang + untuk beberapa saat sehingga "Recently Closed Tabs" dipaparkan

Akses sesuatu website dalam versi Desktop: Cara paling mudah ialah membuka website itu dan tekan butang Reload untuk beberapa saat dan pilih "Request Desktop Site"

Menghidupkan semula Low Power Mode: Apabila anda menghidupkan Low Power Mode sambil mengecas device, Low Power Mode akan dimatikan secara automatik apabila tahap peratus cas bateri mencapai 75%. Untuk elakkannya, swipe ke kiri pada notification itu untuk terus hidupkan Low Power Mode

Mengetahui maklumat pemilik iPhone dengan Menggunakan Siri: Anda terjumpa iPhone dalam keadaan masih ON? Hidupkan Siri dan tanyakan soalan "Who's phone is this?" dan ia akan memaparkan maklumat pemilik asal iPhone tersebut.


Siri App Reminders: Sesetengah apps seperti Maps, Reminders, Calendar, Health, Podcasts, Notes mahupun Foursquare menyokong contextual reminders. Contohnya: Taip sebarang peringatan dalam Reminders, kemudian hidupkan Siri dan sebut "Remind me about this..."

Call seseorang dengan nickname menggunakan Siri: Buka Contacts dan cari nama contact yang diingini. Kemudian, taip nickname baginya dalam bahagian Phonetic first name dan Save. Untuk call contact tersebut menggunakan Siri, cuma sebut "Call Superman" dan Siri akan mendailnya.

Banyak lagi fungsi tersembunyi yang terdapat dalam iOS 9, tambahan lagi pada pengguna iPhone 6s dan 6s Plus. Enjoy!
Powered by Blogger.